Monday, February 28, 2011

WASHINGTON 16 Sept. – Ahli astronomi menemui sebuah planet baru di luar sistem solar, yang dipercayai mempunyai kehidupan, sekiranya suhu di planet itu tidak terlalu panas.
Para saintis telah menemui lebih daripada 300 planet di luar sistem solar setakat ini, tetapi semuanya merupakan planet yang mengandungi gas panas atau planet yang tidak mempunyai permukaan daratan.
Kini sepasukan ahli astronomi dari Eropah mengesahkan mereka telah menemui sebuah planet yang mempunyai permukaan berbatu di luar sistem solar.
“Kami percaya terdapat kehidupan di planet yang mempunyai permukaan berbatu.
“Planet yang kami baru temui ini menyerupai bentuk Bumi. Ia berada hampir dengan matahari,” kata penyelidik bersama Artie Hatzes, yang juga pengarah Makmal Penyelidikan Thuringer di Jerman.
Beliau berkata, kedudukannya yang terlalu dekat dengan matahari menyebankan suhu di permukaan planet itu melebihi 3,600 darjah Fahrenheit, terlalu panas untuk didiami.

Ia mengelilingi matahari selama 20 jam sehari, berputar pada kelajuan 466,000 batu sejam. Secara perbandingan, planet Marikh, planet yang paling dekat dengan matahari melengkapkan pusingannya mengelilingi orbit solar dalam masa 88 hari.
“Ia terlalu panas, mereka memanggilnya planet lava,” kata Hatzes.
Ia merupakan penemuan yang hebat dalam mencari planet baru untuk manusia di alam semesta ini, kata pakar luar, Alan Boss dari Institut Carnegie.
Penemuan planet baru itu telah dibentangkan pada satu persidangan di Barcelona, Sepanyol hari ini.
Planet itu yang dikenali sebagai Corot-7b mula dikesan pada awal tahun ini.
Saintis Eropah membuat pemerhatian berterusan ke atas planet itu untuk mengukur densitinya bagi membuktikan bahawa ia mempunyai permukaan berbatu seperti Bumi.
Ia mempunyai radius satu setengah kali lebih besar daripada Bumi.
Penemuan ini meyakinkan saintis bahawa mungkin terdapat lebih banyak planet yang menyerupai Bumi yang mempunyai kehidupan, kata Boss. – Agensi

Saturday, February 26, 2011



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
SOALAN: Saya kerap mendengar ceramah agama yang membicarakan alamat-alamat kiamat termasuk kemunculan Dajjal pada akhir zaman. Soalan saya ialah siapa Dajjal yang dikatakan itu? Bilakah kiamat akan berlaku. Bagaimana sifat-sifat Dajjal yang sebenar dan apa peranannya setelah dia muncul nanti dan adakah Dajjal itu menjadi sebahagian daripada akidah umat Islam yang wajib dipercayai. - KHAIRI, Kota Bharu, Kelantan.

Jawapan: Tarikh tepat kejadian hari kiamat tidak dapat ditentukan oleh sesiapa kerana ia termasuk dalam `ilm al-ghaib yang tersembunyi daripada manusia. Tiada siapa mampu mengusahakan ilmu ini, sekalipun dia seorang nabi atau rasul utusan Allah.

Namun tiada siapa pula yang menafikan bahawa kiamat hampir tiba waktunya. Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi. (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Antara tanda-tanda besar kiamat ialah terbitnya matahari waktu pagi dari arah barat, munculnya Ya'juj dan Ma'juj, turun Nabi Isa a.s., keluar haiwan ganjil dari perut bumi, muncul Dajjal dan lain-lain. Kemunculan Dajjal dianggap antara tiga manusia yang ditunggu-tunggu sebelum kejadian kiamat, di samping Nabi Isa dan Imam Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal perlu diteliti dengan tenang kerana sekian ramai individu yang mengaku dirinya Mahdi, bahkan tidak kurang juga individu yang didakwa sebagai Dajjal, kerana tabiatnya yang suka berdusta dan menipu.

Banyak hadis membicarakan kemunculan Dajjal sebagai salah satu antara tanda-tanda kiamat. Ada hadis yang disifatkan sebagai sahih dan ada yang tidak sahih, tetapi keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa Dajjal bukan sesuatu yang dongeng atau tidak berasas. Kewujudan riwayat berhubung Dajjal daripada pelbagai sumber menunjukkan ia adalah suatu hakikat, bukan cerita dongeng.

Hadis yang paling sahih tentang kemunculan Dajjal ialah hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. selalu memohon doa agar Allah melindunginya daripada fitnah Dajjal. Doa dalam bahasa Arab itu membawa maksud: Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari azab kubur, aku mohon berlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindung kepadamu dari fitnah Dajjal.

Berpandukan riwayat ini, Ibn Hazm al-Zahiri memutuskan, doa di atas wajib dibaca selepas membaca tasyahhud akhir. Sesiapa yang tidak membaca, maka tidak sah solatnya (al-Muhalla 3/277). Ini bermakna, sesiapa yang tidak membaca doa ini dalam tasyahhudnya, nescaya batal solatnya.

Tawwus Ibn Kaisan, seorang ulama khas terkemuka, menyuruh anaknya mengulangi solat apabila didapati anaknya tidak membaca doa itu. Justeru pentingnya doa agar dilindungi kita daripada fitnah Dajjal, maka seorang ulama besar, Abdul Rahman al-Muharibi menyarankan agar guru-guru kelas tadika mengajar doa itu kepada murid-murid mereka.

Al-Safarini juga menyatakan, orang berilmu perlu mengajar doa ini kepada anak-anak, isteri dan keluarganya, bahkan kaum lelaki juga hendaklah membaca, kerana akhir-akhir ini ramai Dajjal yang suka menipu dan menyebarkan fitnah. Tetapi siapakah Dajjal itu?

Tiada kata putus menyatakan Dajjal itu siapa. Mungkinkah ia makhluk jin atau manusia, atau bukan jin dan bukan manusia? Saya perturunkan di sini beberapa riwayat dan pendapat yang menyatakan individu itu. Antaranya:

1. Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan di sebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakah memenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatu ketika dahulu.

Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantai itupun terungkai dan tidak dapat disambung lagi. Sumber-sumber lain pula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripada ibunya jin dan bapanya manusia.

Sebagai kesimpulan, Dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia.

Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlaku kepada Tamim Ibn Aus al-Dari yang menceritakan tentang peristiwa al-Masih al-Dajjal, katanya:

Pada suatu hari, aku menaiki sebuah sampan bersama 30 orang penumpang lelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba kami dipukul ribut, lalu hanyut dan memaksa kami mendarat di sebuah pulau pada waktu matahari hampir terbenam. Kami menemui suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara kemaluan hadapan dan belakangnya. Kami bertanya kepada lembaga itu: Siapa kamu? Jawabnya: saya ialah al-Jassasah.

Kami kebingungan dengan jawapan itu, lalu kami bertanya lagi: Siapa al-Jassasah itu? jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya, pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecil di pulau ini. Lalu kami dengan segera menemui lelaki itu, kami dapati ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen.

Saya berpendapat, setakat ini belum kedengaran penjara ini ditemui manusia, walaupun pulau-pulau yang ada hari ini telahpun diterokai manusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan bagi pelancong luar dan dalam negara. Kiranya benar wujud lelaki yang dipenjara itu, nescaya pasti ada orang yang mengetahuinya.

2. Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliau dilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunan Yahudi. Beliau memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitu sebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antara dua matanya.

Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari nabi bersama-sama Umar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengan kanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah. Kedatangan Rasulullah tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepuk belakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialah Rasulullah. Jawabnya: Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi (buta huruf), ia kemudian bertanya nabi: Kamu pula bagaimana: Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah? Lalu nabi menolak pertanyaannya sambil bersabda: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyad yang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas'ud dan lain-lain.

Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul pada akhir zaman atau sebelum kiamat, maka kemungkinan ia juga jin kerana Ibn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhir zaman. Umur sepanjang itu biasa wujud pada makhluk jin, tidak pada manusia.

3. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah membaca sebuah buku tulisan Ustaz Amaluddin Darus. Beliau adalah seorang aktivis politik Islam dalam tahun 60-an. Beliau berpendapat Dajjal ialah kuasa-kuasa besar dunia, iaitu Rusia dan Amerika pada waktu itu. Tetapi sayang buku itu hilang daripada simpanan perpustakaan peribadi saya untuk dibaca semula hujah dan alasan yang diberinya.

Saya sangat berbahagia jika ada pembaca yang memiliki buku itu sudi mengirimkan kepada saya satu naskhah atau salinan fotostat untuk dikaji semula pemikiran yang bernilai emas itu. Perkongsian pembaca untuk mendapatkan buku itu amat dihargai.

Sesungguhnya pendapat Ustaz Amaluddin itu ada kebenaran dan nilai ilmiahnya, bahkan wajar dikutip penyelidik untuk dikaji semula. Saya berpendapat, jika Amaluddin berpendapat begitu, maka pemikiran beliau dapat diperkukuhkan lagi dengan alasan-alasan berikut:

Pertama: Dajjal yang dimaksudkan itu bukan individu tertentu, sama ada jin atau manusia atau makhluk kacukan antara jin dan manusia. Dajjal pemusnah manusia dalam bentuk kuasa ketenteraan atau disebut juga keganasan. Tetapi istilah keganasan ini telah dikelirukan oleh Dajjal sendiri, apabila pengganas menamakan orang lain sebagai pengganas bagi tujuan menyembunyikan dirinya yang merupakan pengganas sebenar.

Kedua: Alamat Dajjal disebutkan dalam hadis sebagai buta sebelah mata. Maksudnya tidak dapat menilai sesuatu dengan adil dan saksama. Memangpun kuasa-kuasa besar di dunia hari ini disifatkan sebagai buta atau sengaja membutakan sebelah matanya, iaitu apabila mereka tidak dapat melihat dengan adil isu-isu Palestin, Kashmir dan lain-lain. Mereka mempunyai kayu pengukur yang berbagai-bagai apabila bercakap tentang hak-hak manusia. Mereka menindas sesiapa juga yang mereka benci dan membela sesiapa yang mereka suka. Sifat ini lebih sesuai dengan orang yang hanya mampu melihat dengan sebelah mata.

Ketiga: Makna yang diketengahkan oleh Ustaz Amaluddin itu lebih merupakan makna majazi (simbolik) bukan hakiki. Penggunaan makna secara simbolik tidak menyalahi kaedah bahasa, kerana makna hakiki yang diketengahkan itupun masih jauh dan banyak yang diperselisihkan. Ini sama juga dengan istilah Nabi Khidir yang dikatakan wali dan masih hidup hingga kini. Apakah Khidir itu individu tertentu atau ia merupakan simbol bagi martabat wali yang silih berganti? Kedua-duanya ada dalil dan ada hujah masing-masing.
 


24
012009

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata:
“Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”
Kami menjawab:
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi:
“Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata:
“Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”
Mereka menjawab:
“Ya, sudah ya Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi:
“Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,”
kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

Pautan Mutiara kisah : Darulnuman.com


Friday, February 25, 2011

assalamualaikom,kepade semue yg bergelar muslim hari ini pakar meteorlogi bahagian bunyi dari rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksaksa dari bawah metal bumi,menurut para ulama itu suara dajjal yg sedang berusaha naik ke muka bumi..oleh itu kita diminta untuk tidak berhenti azan&bersolat..sesiapa yg terbace meses ini tolong sebarkan kepada 10 umat islam..sebarkan ia satu amanah!!!
:)
:)

Wednesday, February 23, 2011

21-23/2/2011...

              Pejam celik pejam celik......Dh periksa...PEPERIKSAAN OTI1 2011 SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH telah bermula.....

             Mata PeLajAran:Bahasa melayu
                                       Bahasa Inggeris
                                       MatheMatics
                                       Sejarah  
                                       GeoGrafi
                                       Kemahiran Hidup Bersepadu
                                       Pendidikan Islam
                                       Sains

 Maklumlah Form 1....bkn Menega Atas
             Agak susah ponw adew gak maklumlah bawu nk belajaq...hahaha....ape ape ponw...pekse dh abez and esok arie khami dan esok PJK then aq boleh enjoy....Harap Harap Keputusan Elok Larh.....see U Later

Saturday, February 19, 2011


Orang Ipoh kalau tak pernah tengok kapal korek depan mata, memang belum true orang Ipoh!

Oleh sebab itu, selepas 35 tahun jadi warga jati Ipoh, semalam baru la sempat nengok depan mata. Tu pun sebab kawan datang dari Penang. Aku dok pikir-pikir mana la nak bawak diorang ni pergi.

Lokasinya tak berapa jauh dari pekan Batu Gajah. Bayaran RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak RM3. Rezeki kami hari tu, tak kena charge pun untuk kanak-kanak. Jimat tu sebab kanak-kanak yang bersama kami berjumlah 4 + 3.

Google dengan tajuk tin dredging mine batu gajah untuk mengetahui lebih lanjut dan lokasi. Aku pakai GPS Nokia N82 pun ada tunjuk jalan. 

Entrance...

Information centre. Agak daif. Walaupun receptionistnya cuba memberikan khidmat yang sepatutnya tetapi bilik agak suram. Model agak tidak bermaya. Mungkin kalau lebih interaktif lagi baik.

Tersergam gagah! Satu ketika menjadi kebanggaan negara. Sekarang sekadar memori silam.

Ada sesuatu yang menyebabkan rupanya menggerunkan. Aku terbayangkan bunyi bising dan garau yang merobek gegendang apabila ianya dihidupkan.

Patah kaki. Sebelah bahagian kapal korek ini sudah tenggelam. Mujur ia mencecah dasar lombong, kalau tidak terus tenggelam.
Mungkin satu ketika dahulu, pekerjaan sebagai buruh lombong timah menjadi rebutan setiap pemuda negara. Mungkin juga ramai bakal mertua mencari menantu yang bekerja di sini.

Ianya juga merupakan satu engineering feat! Besar dan gagah adalah satu ciri sedangkan complexity-nya juga merupakan satu ciri lain yang hebat.

Ada sesiapa plan nak buat horror movie berdasarkan suasana kapal korek? Ciri-ciri seram dah sedia ada!

Jalan cerita mudah, sekelompok remaja bercuti dan sedang membuat kajian tentang sejarah Batu Gajah. Antara tempat yang mereka lawati ialah kapal korek ni. Little that they know when they first stepped into this monster... *bunyi seram*

Rupa-rupanya kapal korek ni ialah breeding ground for mutated swamp monster... eeeekkkk!!!

Apapun, memori kapal korek perlu dijaga. Tanpanya, mungkin sejarah Lembah Kinta menjadi hambar (macam tempat-tempat lain, cerita apa yang ada? hehehe...)

Jadi rakyat Ipoh, especially yang BORN IN IPOH! Wajib bawak seisi keluarga ke sini untuk mengenal sejarah!

Dan penggerak seni Ipoh kena buat something related to kapal korek. Siapa lagi?

Jangan biarkan tinggalan sejarah ini terus jadi tinggalan...

Aku dah habis idea nak tulis apa dah...

Awas... security level kat sini virtually zero. Kalau bawak anak-anak kecil, kena jaga mereka betul-betul. Kalau hilang, tercampak masuk dalam lombong, tersepit etc... sendiri tanggung!

Hidup Ipoh!

Hidup kapal korek!

Tuesday, February 15, 2011

Siapakan Mengantikan Tok Sidang Di kampong ku???


Bertarikh 14/2/2011 di Institut Jantung Negara(IJN)....Meningal Seorang Sidang Kampong Sungai Kerang pada jam 10 pagi di IJN..Nama Panggilan (Buddin)..Meningal Kerana Sakit Jantung...

          Tertanya tanya Siapakah yg Akan mengantikan Sidang Kampung Sungai Kerang?
           Adakah Apak Aq...haha...tidak mungkin karna kami ponw hendak pindah...Jd Siapakah....

Sunday, February 13, 2011


Salam,

Korang semua perasan tak iklan dekat radio berkenaan saluran tv baru yang diberi nama TV ALHIJRAH.. kalau korang perasan tentu korang selalu dengan dialog perbualan seorang nak pindah rumah baru dan seorang pon nak pindah juga tapi bukan pindah rumah tapi pindah ke saluran tv baru.

Macam mana nak dapat siaran tv baru ni.

caranya mudah .... tekan menu .... tekan cari ... tunggu sehingga dapat siaran TV ALHIJRAH.aku sebenarnya dah test saluran tv baru ni.. memang bagus sebab berciri-cirikan islamic.. Buat masa sekarang saluran bersiar dalam saluran percubaan dan akan dilancarkan pada 7 Disember 2010.


Latar Belakang TV Alhijrah

TV Alhijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV Alhijrah

Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.

Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.

Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.

Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.

Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.

Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.




Falsafah Penyiaran dan Kandungan TV Alhijrah

TV Alhijrah akan bersiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang di bawa Nabi Muhammada SAW. Kandungan TV Alhijrah akan merangkumi segala aspek kehidupan seseorang muslimin dan muslimat dan tidak hanya menyentuh kepada ibadah khususiah seperti sembahyang, zakat, haji dan puasa malah meliputi aspek ekonomi, politik, sosial dan kemasyarakatan, persekitaran dan budaya.

Genre kandungan meliputi program kanak-kanak, remaja, wanita, sitkom, hiburan, program berbentuk ilmiah dan pendidikan, berita dokumentari dan majalah, drama dan filem, sukan dan rekreasi, tazkirah, forum dan perbincangan.

Misi

Menjadi stesen televisyen berkonsepkan Islam pertama dan terunggul di Malaysia menyiarkan kandungan berkualiti dan kreatif yang mengajak masyarakat melakukan penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan.


Visi

Menjadi penyiar yang mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah, melalui siaran penerbitan kreatif, berkualiti dan universal yang berlandaskan Islam, sesuai dan relevan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.


P/S : Sesekali kita asik tengok tv berbentuk hiburan apa kata kita berpindah ke saluran tv berkongsep islamic, jom sama-sama kita berhijrah

online counter

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Saturday, February 12, 2011



Setelah berjayanya karnival Wow! Putrajaya 2010 yang lalu iaitu pada 20-21 februari 2010, maka pihak perbadanan putrajaya sekali lagi menganjurkan Karnival Wow! 2011. Karnival ini akan berlangsung pada 11-13 Februari 2011. Selain itu juga, Acara ini turut menjadi satu program meraikan sambutan ke-10 tahun Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan dan sekaligus memeriahkan lagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 yang julung-julung kali disambut.

Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik yang akan menghiburkan anda sekeluarga. Butiran lanjut akan dihebah dari semasa ke semasa. Untuk maklumat, karnival ini akan diadakan di tapak biasa putrajaya tak lain tak bukan di tapak pasar tani presint 2 yang berdekatan denganMonumen alaf baru (sila google).

Ayuh kita mengimbau kembali kenangan karnival Wow! Putrajaya 2010. Karnival ini dipenuhi dengan pelbagai gerai jualan dan pameran seperti Big Boyz ToysHot Air BalloonAuto Shows, Laman Seni, CarBoot Sale dan lain-lain lagi. Untuk golongan belia, Karnival ini menyediakan pertunjukan car drift, remotecontrol, pertandingan futsal, walk & huntcycle hunt, dan wall climbing. Terdapat juga pertunjukan silap mata, inflatable games dan pertandinganjigsaw puzzle untuk kanak-kanak.

Kepada sesiapa yang rasa bosan duduk rumah tak de apa-apa nak buat, eloklah keluar bawa keluarga atau pasangan masing-masing memeriahkan lagi karnival ni dan juga bagi kaki fotografi, memang best ni nak ambik gambar area ni..  Sila tanda event ini di kalendar anda..hihi

Sumber: Facebook Perbadanan putrajaya, Perbadanan Putrajaya
Powered By Blogger