Sunday, February 13, 2011

Saluran TV Baru TV ALHIJRAH


Salam,

Korang semua perasan tak iklan dekat radio berkenaan saluran tv baru yang diberi nama TV ALHIJRAH.. kalau korang perasan tentu korang selalu dengan dialog perbualan seorang nak pindah rumah baru dan seorang pon nak pindah juga tapi bukan pindah rumah tapi pindah ke saluran tv baru.

Macam mana nak dapat siaran tv baru ni.

caranya mudah .... tekan menu .... tekan cari ... tunggu sehingga dapat siaran TV ALHIJRAH.aku sebenarnya dah test saluran tv baru ni.. memang bagus sebab berciri-cirikan islamic.. Buat masa sekarang saluran bersiar dalam saluran percubaan dan akan dilancarkan pada 7 Disember 2010.


Latar Belakang TV Alhijrah

TV Alhijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV Alhijrah

Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.

Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.

Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.

Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.

Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.

Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.




Falsafah Penyiaran dan Kandungan TV Alhijrah

TV Alhijrah akan bersiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang di bawa Nabi Muhammada SAW. Kandungan TV Alhijrah akan merangkumi segala aspek kehidupan seseorang muslimin dan muslimat dan tidak hanya menyentuh kepada ibadah khususiah seperti sembahyang, zakat, haji dan puasa malah meliputi aspek ekonomi, politik, sosial dan kemasyarakatan, persekitaran dan budaya.

Genre kandungan meliputi program kanak-kanak, remaja, wanita, sitkom, hiburan, program berbentuk ilmiah dan pendidikan, berita dokumentari dan majalah, drama dan filem, sukan dan rekreasi, tazkirah, forum dan perbincangan.

Misi

Menjadi stesen televisyen berkonsepkan Islam pertama dan terunggul di Malaysia menyiarkan kandungan berkualiti dan kreatif yang mengajak masyarakat melakukan penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan.


Visi

Menjadi penyiar yang mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah, melalui siaran penerbitan kreatif, berkualiti dan universal yang berlandaskan Islam, sesuai dan relevan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.


P/S : Sesekali kita asik tengok tv berbentuk hiburan apa kata kita berpindah ke saluran tv berkongsep islamic, jom sama-sama kita berhijrah

online counter

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger