Friday, April 20, 2012



MENGGALAS tugas sebagai pendakwah bukan satu tugas mudah namun anak muda berusia 27 tahun ini begitu gigih melaksanakan tanggungjawabnya.

Tujuannya hanya satu agar ilmu agama yang dimilikinya dapat dikongsi bersama mereka di luar sana.

Melalui pendekatan yang sama seperti pendakwah lain daripada segi pengisian dakwah, kini nama Ustaz Don semakin meniti di bibir para peminat apabila program 30 Minit Ustaz Don berjaya menambat hati penonton TV Alhijrah.

Siapa menyangka kemunculannya yang masih setahun jagung itu bukan sahaja telah berjaya menarik minat golongan muda dan tua malah turut mewujudkan fenomenanya tersendiri.
Sehinggakan program yang dikendalikan kini yang bersiaran setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam sebelum ini kini dilanjutkan sehingga Khamis gara-gara sambutan luar biasa daripada penonton.

Merupakan pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, menurut Ustaz Don, dia tidak mahu terlalu dibelenggu dengan kejayaan yang dikecapinya kini.

Sebaliknya tegas anak muda yang berasal dari Pulau Pinang itu, dia hanya mahu menumpukan perhatian terhadap tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.
Enggan mengulas mengenai fenomena yang dicetuskan olehnya, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid memberitahu, dia lebih senang untuk mengatakan populariti yang diraih kini merupakan satu bonus bagi memudahkan aktiviti dan kerja dakwahnya.

“Apa yang saya lakukan ini tidak lebih daripada untuk meneruskan aktiviti dakwah sahaja. Ini kerana sejak dari dulu lagi saya merupakan seorang penceramah bebas.
“Saya memulakan kerja-kerja berdakwah seperti kuliah agama sejak tiga tahun lalu. Semuanya berlaku tanpa dirancang apabila saya menjadi bidan terjun menggantikan penceramah yang tidak hadir pada kuliah tersebut.

“Kini apabila muncul di kaca televisyen, sasaran itu lebih meluas apabila lebih ramai orang boleh menontonnya pada satu-satu masa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menceritakan kembali bagaimana dia boleh terlibat di dalam bidang pengacaraan di TV Alhijrah, Ustaz Don berkata, pada mulanya dia dipelawa oleh salah seorang rakannya untuk menyertai program yang disediakan oleh stesen televisyen berkenaan.

“Memang pada mulanya agak kekok untuk berada di hadapan kamera. Maklumlah baru pertama kali. Tetapi saya tidak mahu membebankan diri.

“Apa yang penting adalah saya menjadi diri saya sendiri di hadapan kamera dan ternyata itu ia lebih mudah,” katanya.

Sunday, April 8, 2012

Warkah Cinta Mat Rock Sharnaaz Dan Fathia : Lagu Lagu Otai Rock Yang Meletup

Assalamualaikum..
Okay.. Aku baru sempat nak layan Cerekarama malam semalam lakonan Sharnaaz Ahmad dan Fathia, Warkah Cinta Mat Rock.. Memang gila rock gua cakap sama lu.. Haha.. Yang tak boleh tahan, mak si Sharnaaz pun ber"LU" "GUA" juga.. Adeh! Skrip cerita yang memang rock dan memang sempoi..
Dan of course, kalau dah tajuk drama Warkah Cinta Mat Rock, confirm confirm dah ada lagu-lagu otai rock.. Pergh!! Mengimbau kembali zaman lama..  lagu-lagu otai dari zaman awal 80 sampai era 90, memang jadi kegemaran aku.. Orang kata evergreen, malar segar.. Jom layan lagu-lagu yang ada dalam ni.. Enjoy!
Till here then.. Assalamualaikum..

1) OPERA HIDUP - WINGS

2) ISI ATAU KULIT - SEARCH

3) DI AMBANG WATI - AWIE

4) ANTARA GADIS - DINAMIK

5) SUCI DALAM DEBU - IKLIM

6) RETAK - ELLA

7) ROZANA - SEARCH

8) KU DIHALAMAN RINDU - LEFTHANDED

9) DARI SINAR MATA - BPR

10) MISTERI MIMPI SYAKILA - WINGS
\

11) MAHLIGAIMU DARI AIRMATAKU - LESTARI

12) SERIBU TAHUN TAKKAN MUNGKIN - BPR

13) HANYA PADAMU - QIARA

14) ADAKAH KAU SETIA - STINGS

15) SEMBILU -ELLA
16) TIKA DAN SAAT INI - MEDICINE

17) UNTUKMU SAYANG - FEBIANS

18) KEMBARA - GERHANA / HATTAN

19) SENTUHAN KECUNDANG - EKAMATRA

20) UNTUKMU SELAMANYA - VISA

21) MASIH AKU TERASA - GERSANG

22) PERMATA PERMOTONG PERMATA - ELLA
Powered By Blogger