Sunday, May 29, 2011

Planet Terbaru Bercirikan Bumi... | Life is an adventure.

Sebuah planet yang paling kecil pernah ditemui di luar sistem suria kita telah mengejutkan ramai pihak baru-baru ini. Planet yang berjisim hampir 14 kali dari Bumi ini mengorbit sebuah bintang yang hampir serupa dengan matahari kita.

Planet ini mungkin sebuah planet yang berbatu (seperti bumi) dan mempunyai atmosfera yang nipis. Antara gelaran yang diberikan ialah "super Earth"

Namun, perbezaan yang paling nyata ialah planet ini mengelilingi bintangnya selama 10 hari sahaja! (berbanding 365 hari bagi Bumi).

Saintis Portugis yang mengetuai kumpulan penyelidik ini, Nuno Santos, menyatakan keadaan permukaan planet ini mungkin sungguh panas sehingga mencecah suhu 1160 darjah Fahrenheit (900 Kelvin) !!

Penemuan ini juga merupakan satu kejayaan di dalam teknologi mencari planet di luar sistem suria kita. Sebelum ini belum pernah ada planet yang begitu kecil yang pernah ditemui disekeliling bintang lain.

Bintang mu Arae yang terletak di dalam buruj Ara di langit selatan ini, telah pun mempunyai 2 buah planet gas bersaiz planet Musytari. Penemuan planet berbatu yang terbaru ini menjadikan jumlah planet di dalam sistem mu Arae ini kepada 3.

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger