Tuesday, May 17, 2011

kuatkanlah semangat ayah


Ya Allah, 
disaat aku mendengar dirinya ingin dihantar ke hospital.
Iaitu IJN
saat tu hati kecil ini berdebar.
Kau selamatkanlah dia.
Ya Allah, setibanya aku di ruang kecemasan.
ku lihat dia terbaring lesu.
wayar-wayar menjalar yang banyak membantu dirinya.
hati sedihh sangat melihat keadaan dia yang terbaring lesu tanpa sedar.
mesti sakitkan? 
sebab itu meronta bila kami memanggil mu Ayah.
Ya Allah,
kalaulah penderitaan ayahandaku itu boleh ditanggung oleh anak yang kecil ini.
aku sanggup. aku rela.
tidak sanggup lagi aku mahu melihat dirinya sendiri di bilik yang berkaca.
kami anak-anak hanya boleh melihat dari jauh.
teringin rasanya mahu memegang tangan dia.
mengucup pipi dia.
memberi kata semangat.
tapi apakan daya.
Ya Allah.
Kau berilah dia kekuatan dalam tidurnya itu.
berilah mimpi yang indah untuknya.
kami disini hanya mampu bertawakal dan berdoa.
semoga dirinya pulih dan sihat seperti biasa.
penyakit.
datang bagai ribut, pergi bagai semut,
Ya Allah.
kami merindui beliau :'(

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger